Anonymous
5 tahun
Masalah Alat Kelamin (Ejakulasi Pramatang)
Selamat pagi doktor. Saya berusia 29 tahun dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan kurang 1 bulan. Masalah saya ialah ketika melakukan hubungan bersama pasangan, saya kerap mengalami masalah pancutan awal dan tidak dapat memuaskan pasangan. Saya ada terbaca tentang penggunaan Ezerex dalam memastikan masalah tersebut dapat diatasi. Apakah nasihat doktor dan cara untuk mendapatkannya. Terima kasih.
3 tahun
Terima kasih encik atas soalan tersebut.
Fungsi ubat ini ialah untuk menegangkan zakar dan memastikan ianya bertahan untuk tempoh masa yang agak lama supaya prestasi hubungan seks dapat mencapai tahap memuaskan. Selain itu, ubat ini juga akan menyebabkan golongan yang mempunyai masalah mati pucuk diselesaikan dengan membantu menegakkan serta menegangkan zakar. Hal ini semestinya akan dapat membantu encik supaya dapat bersama dengan isteri.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dan untuk mendapatkan ubat ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih