Sulit
3 tahun
Masalah dekat telinga kanan
Hi doc. I am a woman in 19. In last few days my ear ada masalah. Actually i rasa macam ada something block kat dalam telinga. I dont know weither tahi telinga keras or what. Now telinga sebelah kanan ni tak berapa nak dengar. Bila korek rasa sakit and macam ada benda tu dekat dalam sangat. Now i dont know what to do. Kena beli ubat cecair for telinga tu ke apa ya doc? Bila korek telinga sikit je keluar tu pun nampak teruk jugak. This is my first time happen to my ear. Hope you can help me sebab tak selesa rasanya telinga ni.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kekhuatiran dan ketidakselesaan anda berkenaan gejala seperti sesuatu di telinga dan rasa sakit pada telinga ketika cuba di korek, yang disertai gangguan pendengaran. Kami akan cuba memberikan penjelasan sebaiknya.
Umumnya gejala sensasi seperti terdapat sesuatu di dalam saluran telinga lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- tahi telinga yang tersumbat
- benda asing yang tersumbat
- pembengkakan telinga
Namun begitu, gejala-gejala tersebut juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan penilaian yang lebih khusus dari doktor seperti:
- Cholesteatoma
- Jangkitan telinga yang berat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang terdekat sekiranya gejala berterusan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Telinga.