Sulit
3 tahun
Masalah jantung bocor
Hello doktor. Saya wanita berusia 20tahun. Dijangka menghidapi masalah injap bocor. Namun, masih perlu melalui beberapa temu janji untuk pengesahan. Doktor menyatakan bahawa salah satu daripada injap saya mungkin tidak tertutup dengan rapat dan menyebabkan darah tidak boleh dipam sepenuhnya. Doktor memberitahu solusi akhir bagi penyakit sedemikian ialah pembedahan. Jadi, saya ingin bertanya adakah pembedahan adalah satu satu solusinya? Atau terdapat solusi lain selain pembedahan? Dan sekiranya saya mengamalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan adakah akan membantu jantung saya untuk kembali normal? Mohon pencerahan. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kami faham anda mempunyai masalah jantung dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut rawatan yang sesuai.
Masalah sebegini memerlukan pandangan dan nasihat seseorang pakar jantung.
Anda kemungkinan besar dicadangkan untuk melalui pembedahan ini kerana jikalau tidak ini hanya akan merosotkan kesihatan anda.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor pakar jantung melalui atas talian untuk pendapat dan nasihat lain.
Kami harap jawapan ini membantu dan Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!