Sulit
2 tahun
Masalah luka di sekitar kantung batu zakar
saya remaja berusia 20 tahun dan kerap mengalamai luka atau melecet di sekitar kantung batu zakar saya doktor.adakah ini disebabkan pemakaian underwear yang ketat atau bukan doktor dan cara untuk mengubati macam mana doktor
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang punca kantung zakar selalu terluka.
Kemungkinan punca termasuk kecederaan daripada menggaru atau semasa mencukur bulu, kesan geseran dengan kain baju atau pakaian dalam, kesan calar, gigitan serangga, jangkitan kelamin.
Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu mempercepat proses kepulihan…
- Menjaga kebersihan bahagian zakar
- Memakai seluar dalam yang selesa dan tidak terlalu ketat
- Mengelakkan aktiviti seks secara sementara, sekiranya perlu memakai kondom atau bahan pelincir
- Mendapatkan ubat krim daripada doktor untuk mengubati nanah luka dan mengurangkan rasa gatal sekiranya ada.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.