Sulit
2 tahun
Melancap di usia remaja
Saya remaja umur 16 tahun tapi saya banyak melancap dan setahu saya ianya akan menyebabkan menyebabkan kerosakan otak seperti kerosakan otak depan yang digunakan untuk membuat keputusan dan lainya adakah cara untuk memulihkan kerosakan tersebut
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda berminat untuk memahami kesan beronani secara lanjut.
Saya mencadangkan anda untuk mengurangkan aktivitii sebanyak mungkin walaupun tidak menunjukkan bukti kukuh melewatkan akil baligh.Hal ini kerana beronani sebenarnya mendatangkan lebih kesan buruk dalam tempoh panjang daripada memberi kepuasan sementara.Antara kesan-kesan termasuk:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Anda juga boleh rujuk pautan ini untuk memahami topik melancap secara lanjut.
Walau bagaimanapun,memandangkan aktiviti beronani merupakan topik peribadi, saya menyarankan anda supaya berbincang dengan doktor tentang permasalahan ini. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.