Sulit
4 tahun
Melecur terkena minyak panas di jari kaki kanan
Hi doktor, Saya berusia 24 tahun, dimana 3 hari lalu saya terkena minyak panas semasa memasak didapur. Keesokkan hari selepas melecur, saya mendapati bawah jari kaki sebelah kanan saya seperti bengkak, ada gelembong berwarna putih yang mengandungi cecair kemungkinan. Gelembong tu menyebabkan saya sukar untuk berjalan. Pagi tadi selepas bangun dari tidur, saya dapati gelembong tersebut semakin besar dan menyukarkan untuk saya berjalan. Apabila berjalan dan gelembong tersebut terkena permukaan lantai, ianya semakin sakit. Apa yang patut saya lakukan? Boleh kah saya memecahkan gelembong tersebut? Atau saya hanya perlu biarkan sahaja?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kulit melecur memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang paling tepat. Hal ini kerana, doktor perlu mengenalpasti tahap kebakaran atau tahap lecur “degree of burn” terlebih dahulu serta perlu mengetahui kawasan yang terjejas kerana dengan maklumat dan pemeriksaan tersebut, rawatan boleh diberikan. Tahap lecur atau kebakaran tahap 2 selalunya memerlukan masa sehingga 2 ke 3 minggu untuk sembuh. Antara rawatan yang boleh diberikan doktor ialah:
- Cold compress
- Wound and debridement
- Ubat tahan sakit
- Water replacement therapy
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.