Sulit
3 tahun
Mngandung atau penyakit
Sye umur 26thun… Pd 2hb6 sye dtg period tpi darah tompokan coklat sedikit n sehari shj… Sllu period sye normal setiap bulan… Pd 13hb … Pgy apabila sye mmbuang air kecik kluar ketulan darah coklat gelap sedikit… Sye tlh mmbuat upt test tpi hsilnya negative
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang gejala yang anda alami iaitu pendarahan coklat yang sedikit. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, pendarahan tompok coklat boleh menandakan beberapa hal, seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Berkenaan ketidakpastian anda tentang ujian kehamilan, anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Anda juga amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih