Sulit
3 tahun
Muka Bengkak Sebelah Kanan
Hai dr. Saya ingin bertanya mewakili ayah saya. Muka ayah saya kelihatan bengkak sebelah kanan dan keadaan itu sudah berlangsung selama 2 hari. Bila saya bertanya berkaitan kesakitan, ayah saya me beritahu dia tidak merasa sakit. Bengkak berlaku di bahagian pipi dan kelopak mata sebelah kanan. Ayah saya tidak mempunyai demam dan bengkak itu tidak menunjukkan kemerahan. Untuk penyakit ayah saya menhidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan baru-baru ini telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang peringkat 5. Pada 1.3 ini ayah saya akan berjumpa pakar nefrologi. Soalan saya, adakah bengkak dimuka itu adalah disebabkan oleh penyakit buah pinggang? Kerana selain bengkak di muka, di kaki juga mengalami bengkak. Terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan ayah anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom nefrotik
- Gigitan serangga
- Kecederaan pada bahagian yang disebutkan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Sukar untuk kami katakan sama ada bengkak tersebut berpunca daripada masalah buah pinggang yang dialami ataupun sebab lain kerana pemeriksaan lanjut secara fizikal dan klinikal perlu dibuat terlebih dahulu untuk mengetahui puncanya. Saranan kami adalah anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius. Rawatan akan diberikan berdasarkan gejala dan punca yang dicapai oleh doktor.
Sila jumpa dengan doktor segera sekiranya ayah anda mempunyai gejala yang disebutkan:
- Kembang di bahagian kaki
- Sukar bernafas
- Sakit dada
- Pertuturan kurang jelas dan terganggu
- Lemah pada sesuatu anggota badan atau seluruh badan
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.