Sulit
3 tahun
Sakit Kaki kanan dari lutut kebawah
Saya berumur 36tahun, kaki Kanan saya dari lutut ke bawah sering lenguh kadang pengelengan kaki bengkak dan pingang sebelah kanan kadang sakit,adakah masalah buah pingang?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan kaki anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah lenguh kaki dari lutut ke bawah, bengkak pergelangan kaki dan sakit pinggang sebelah kanan. Anda berasa risau akan kemungkinan menghidapi masalah buah pinggang. Saya akan cuba menerangkan situasi ini dengan baik.
Sebagai pengetahuan, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan bengkak di pergelangan kaki, antaranya adalah:
- Infections on kidney
- Kidney damage
- Hypertension
- Kidney failure
- Congestive heart failure
- Liver cirrhosis
- Medications influences
- Arthritis
Penyakit-penyakit di atas juga boleh mengakibatkan rasa lengunh pada kaki. Tambahan pula, penyakit berkaitan dengan saraf juga boleh menjadi salah satu sebab berlakunya simptom-simptom seperti yang anda nyatakan diatas.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat mengenai masalah buah pinggang daripada doktor pakar buah pinggang (Nephrologist).