Sulit
3 tahun
Buah pinggang mengecut
Assalammualaikum saya umar… Umur dalam 25tahun… Saya baru dapat tahu semama saya buat operation appendix yang saya ad masalah buah pinggang mengecut semasa membuat ct scan saiz… buah pinggang saya adalah 15.8 apa punca nya buah pinggang mengecut… Dan saya kerap kencing berbuih…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, buah pinggang mengecil atau kidney atrophy boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan buah pinggang
- Gangguan pengaliran darah kepada buah pinggang
- Saluran kencing tersumbat
- Penyakit metabolik
- Penyakit anemia (Sickle Cell Disease)
- Kerosakkan buah pinggang akibat tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung
Antara penyebab umum untuk kencing berbuih adalah:
- kencing dengan pancaran laju
- proteinuria
- dehidrasi
- bahan kimia dalam jamban yang bereaksi terhadap air kencing
- masalah buah pinggang
- ejakulasi retrograde
- akibat ubatan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.