anihaahmad
3 tahun
Bacaan darah untuk buah pinggang
Saya wanita berusia 36thn
Berapakah bacaan darah keratinen yg normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kami memahami kebimbangan tentang kondisi kesihatan tubuh anda. Sebagai makluman awal, kreatinin adalah zat dalam tubuh yang dihasilkan oleh otot. Ketika nilai kreatinin di dalam darah tinggi, maka buah pinggang akan menyaring dan membuangnya melalui air kencing. Nilai kreatinin dalam darah yang meningkat/ tinggi dapat disebabkan oleh masalah pada buah pinggang, akibat pengumpulan kreatinin di dalam darah.
Secara amnya, julat rujukan kreatinin darah yang normal adalah 74.3-107mcmol/L. Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang kesimpulan, maklumat lanjut tentang kesihatan anda adalah diperlukan.
Selain itu, terdapat juga pemeriksaan lain untuk mengetahui kadar kreatinin dalam badan, seperti kreatinin klearans, iaitu pemeriksaan melalui air kencing.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih