Sulit
3 tahun
Doktor begitu tiada garam langsung dalam badan , saya juga sakit pinggang , lutut , gastrik yang teruk , sakit perut kembong
Dr kbo saya Kurang garam sehingga sekarang tidak boleh jalan , kenapa ye ? Pinggang dengan gastrik pom teruk . Boleh saya tahu macam mana nak rawat ye Dr . Sampai sekarang tak boleh bangun dengan jalan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kekurangan garam boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kekurangan pengambilan, masalah pada sistem pencernaan, penyakit buah pinggang, penyakit kelenjar (ketidakseimbangan hormon), penyakit tisu penghubung dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.