Sulit
3 tahun
Bacaan Creation Bush Pinggang
Hi. Saya berunur 42 Tahun lelaki. Hampir 10 tahun saya ada makan ubat Sarah tinggi dari Klinik Kesihatan. Bacaan Creatine Bush Pinggang saya yang terbaru adalah 100. Ini tanda sihat ke atau bagaimana?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesihatan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kreatinin adalah zat dalam tubuh yang dihasilkan oleh otot. Ketika nilai kreatinin di dalam darah tinggi, maka buah pinggang akan menyaring dan membuangnya melalui air kencing. Nilai kreatinin yang meningkat/ tinggi dapat disebabkan oleh masalah pada buah pinggang, akibat pengumpulan kreatinin di dalam darah. Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang kesimpulan, maklumat lanjut tentang kesihatan ibu anda adalah diperlukan.
Namun begitu, untuk menurunkan nilai kreatinin dalam darah. Terdapat beberapa langkah atau gaya hidup yang perlu diamalkan, antaranya ialah:
- Mengurangkan aktiviti senaman berat: bagi mengelakkan kecederaan otot
- Rajin meminum air
- Makan makanan berserat
- Mengurangkan pengambilan garam (makanan/masakan)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih