Sulit
2 tahun
Migrain dan sakit buah pinggang
Sy berumur 30 an dan tidak pernah buat full checkup kebelakangan ni sy selalu migrain truk dan marah2 bila marah2 jantung sy mcm nk meletup dan rasa sesak nafas nk pitam… 3 hari ni sy dapat rasa ada denyutan sakit di pinggang belah kiri … mcm senggugut tp hanya di bahagian kiri sahaja… perlukah sy buat full checkup… saya jugak tengah ikthiar hamil setelah 4 tahun melahirkn…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah migrain dan kesakitan di bahagian buah pinggang kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah migrain boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- makanan berkafein
- bunyi bising
- cahaya terang seperti skrin computer atau tv
- kemurungan
- cemas
- obesiti
Selain itu, kesakitan di bahagian buah pinggang kiri boleg disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- ketegangan otot
- keradangan buah pinggang
- keradangan organ pancreas
- sumbatan saluran buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.