anisaassan2411
3 tahun
Cyst pada buah pinggang
Hello doc.Saya seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.Beberapa minggu yang lalu saya pergi ke hospital kerana sakit perut dan ketika saya di ultrasound Doctor mendapati saya mempunyai cyst di bahagian buah pinggang tapi penyebab sakit perut tersebut bukanlah cyst melainkan kerana masalah lain. Doctor kata cyst saya tidak berbahaya. Saya ingin bertanya apakah cyst yang tidak berbahaya boleh dibiarkan dan tidak perlu mendapatkan sebarang rawatan? Apakah cyst itu boleh dibiarkan begitu sahaja?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai cyst yang dijumpai secara tidak sengaja. Untuk pengetahuan anda, ia bergantung kepada saiz cyst itu sendiri. Cyst tersebut mungkin boleh membesar ataupun saiznya akan kekal dan tidak akan membesar. Tetapi perkara ini memerlukan pemantauan kerana cyst buah pinggang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami masalah darah tinggi dan menyebabkan kegagalan buah pinggang (hypertensive nephropathy) pada kemudian hari.
Masih gusar dengan masalah buah pingganganda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Kami sarankan anda untuk berbincang dengan lebih mendalam dengan doktor yang merawat anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan langkah yang perlu diambil mengenai masalah yang anda hadapi.
Alternatif lain, anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami dan mendapatkan penerangan mengenai situasi anda.