Sulit
3 tahun
Nanah di bahagian kulit
doktar saya nak tanya kenapaa setiap kali luka saya akan ada nanah ? , macam haritu saya exsident luka sikit tapi nanah banyak kat dalam badan . bila pergi klinik doktar akan cakap saya kencing manis tapi darah saya normal . macam mana tu doktar bole bagi keterangan sikit ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan terangan anda, kami memahami anda mempunyai kencing manis, dan kerap mengalami luka bernanah. kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pesakit kencing manis biasanya akan mengalami luka sukar sembuh atau luka sering bernanah sebab kencing manis akan menurunkan sistem imun tubuh anda dan menjejaskan aliran darah. Oleh itu, aliran darah ke tempat luka akan menjadi lambat, akibatnya sukar sembuh. Luka juga lebih mudah dijangkiti atau bernanah sebab imun badan menurun.
Masalah ini adalah kesan umum untuk kencing manis berjangka lama. Oleh itu, anda perlulah menjaga diri dengan baik serta mengelakkan kecederaan atau luka baru.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Ketahui tentang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.