Sulit
3 tahun
Pendarahan selepas melancap
Hai doc.
Saya berumur 19 tahun dan ketagih melaukan aktiviti melancap… Baru baru ini saya mendapati ade pendarahan yg berlaku selepas saya melancap tetapi bukan darah period kerana selepas hari itu, tiada lagi darah yang keluar dan saya melancap lagi kemudian darah lagi dan warna nya coklat gelap.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan pendarahan berwarna coklat yang dialami oleh anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala keluar cecair warna coklat boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
- Kecederaan pada alat kemaluan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.