Sulit
2 tahun
Pening dah berpeluh banyak
keadaan saya pening nak pitam dan berpeluh dengan banyak.walaupun selepas mandi…bacaan tekanan darah saya 86/54
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, tekanan darah 86/54 adalah rendah dan masalah tekanan darah rendah boleh disebabkan oleh:
- Keadaan panas atau tidak bergerak untuk beberapa ketika yang lama
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Hipotensi selepas makan
- ‘Septic shock’
- Hypovolemic shock
- ‘Cardiogenic shock’
- ‘Vasodilatory shock’
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda,ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Saya berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.