Sulit
3 tahun
Kerap terasa nak pitam
Saya wanita kerap bila berdiri terasa nak gelap mata dan bila saya duduk di tempat yang tiada angin saya mula pengsan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai rasa pitam dan kami akan cuba membantu anda.
Pitam adalah perasaan seperti anda akan pengsan. Badan anda mungkin akan terasa berat secara tiba-tiba manakala kepala anda terasa seolah-olah ia tidak mendapat cukup darah. Cara lain untuk menggambarkan pitam adalah anda akan rasa seperti di awang-awangan. Pitam mungkin disertai dengan penglihatan yang kabur dan hilang keseimbangan badan. Walaupun ia tidak selalu membimbangkan, pitam kadang-kala boleh menjadi tanda penyakit yang serius dan boleh meningkatkan risiko untuk jatuh pengsan.
Pitam juga boleh berlaku apabila anda berdiri dengan terlalu cepat dari posisi duduk. Perubahan kedudukan ini menyebabkan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba yang membuat anda berasa pitam. Sesetengah orang juga boleh merasa pitam ketika membuang air dan keadaan ini dikenali sebagai “situational syncope”.
Antara penyebab pitam adalah :
Hypoglycemia
Vertigo
Hipotensi postural
Vertebrobasilar insufficiency
Dihidrasi
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai,sila berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Terima Kasih.