Sulit
4 tahun
Selalu rasa nk pitam
Hi. Saya wanita berumur 19 tahun. Saya ada low blood pressure. And then sejak kebelakangan ini saya kurang makan manis. Sejak dari itu saya sering rasa mudah nk pitam. Adakah tekanan gula dalam darah terlalu rendah atau tekanan darah saya makin rendah
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan diskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kekalkan hidup yang bertenaga dengan bantuan suplemen! Klik disini untuk maklumat lanjut.
Gejala-gejala yang anda alami kebelakangan ini dapat berpunca dari pelbagai faktor, antaranya:
- kekurangan rehat atau gangguan tidur
- tabiat pemakanan yang tidak seimbang
- kekurangan air (dehidrasi) atau gula ( hypoglycemic ) dalam tubuh
- kekurangan zat besi dan tubuh
Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- komplikasi dari gangguan atau sakit kepala
- dll.
Inginkan penjelasan lanjut daripada pakar? Dietitian kami sedia membantu anda.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.