Sulit
3 tahun
Sakit kepala rasa pitam di tempat cerah
adik perempuan saya tiba-tiba merasa sakit kepala yg menyucuk dan mata dia mula merasa kelam seperti mahu pitam apabila berada di kawasan yg sangat cerah. selepas beberapa saat, dia mula merasa lega kembali. keadaan ini tidak selalu berlaku hanya kadang- kadang sahaja. Untuk pengtahuan doktor, dia pernah jatuh dr tempat tinggi semasa kecil.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala adik anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Ketidakseimbangan tahap gula darah (rendah atau tinggi)
- Ketidakseimbangan tekanan darah (rendah atau tinggi)
- Gangguan elektrolit
- Jangkitan
- Kecederaan kepala
- Gangguan hormon
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala adik anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.