Sulit
2 tahun
Rasa nak pitam setiap kali perut penuh
Saya seorang wanita yang berumur 34 tahun pada tahun ini. Sy=aya tiada sebarang penyakit setakat ini.
cuma saya menghadapi masalah selepas makan je saya rasa nak pitam. So saya tak boleh makan terlalu banyak atau terlalu kenyang kenapa saya akan rasa susah nak nafas dan rasa gelap mata. Boleh doktor kenalpasti apakah masalah say. Adakah saya perlu ke klnik untuk cek?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Postprandial hypotension (tekanan darah rendah selepas makan)
- Anemia
- Dehidrasi (tidak cukup minum)
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.