Sulit
3 tahun
Rasa macam nak pitam
Selamat sejahtera saya remaja perempuan berusia 18 tahun saya selalu rasa nak pitam kepala saya pening tapi tak teruk pening setakat di sebelah kiri tetapi kadangkala pening di seluruh dahi, check tekanan darah okay normal check gula juga okay. Saya rasa seperti nak jatuh apabila berdiri terlalu lama dan apabila saya baring untuk tidur saya rasa seperti badan saya naik lift dan menyebabkan saya mudah terkejut ketika tidur. Untuk pengetahuan saya baru saja discharge beberapa hari dari hospital kerana jantung saya laju dan doktor sahkan saya ada anxiety dan panic attack.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana megnhubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Anemia (kurang darah merah)
- Migrain
- Tension headache
- Tekanan darah rendah
- Hipoglisemia
- Masalah psikologi: Keresahan (anxiety), kemurungan (depression), stres
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda yang anda sedang alami. Terima kasih.