Sulit
3 tahun
Hampir pitam semasa perhimpunan
Hi, saya seorang gadis berumur 17 tahun. Semasa berumur 12-15 tahun, saya sering hampir pitam semasa perhimpunan, berdiri terlalu lama atau berada di tempat yang sesak. Dalam keadaan itu, nafas saya menjadi laju, perut saya terasa memulas, berpeluh sejuk dan pandangan saya mula kabur dan gelap. Tetapi sekarang, keadaan itu berkurang walaupun saya masih terasa nak pitam setiap kali bangun dari tidur atau duduk. Selain itu, saya sedar bahawa kaki dan tangan saya sering terasa sejuk walaupun badan saya panas dan saya juga mempunyai ‘habit’ iaitu makan ais. Semasa turun dari feri yang sesak, tangan saya menggeletar tanpa sebab. Adakah ini simptom2 bagi sesuatu penyakit?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala pitam yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- “Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih akti apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi
- Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju
- Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.