Sulit
3 tahun
Selalu pening rasa nk pitam
saya farah . Berumur 18 tahun . Saya selalu berasa pening kepala . Lepas bgun dri kerusi or tempat tidur pon terasa nk pitam . Kadar denyutan yang laju . Cepat lelah wlaupon tak buat apa apa aktiviti.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah rendah
- Masalah jantung
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dan perkara ini memerlukan perhatian anda dan doktor.
Anda dinasihatkan untuk bangun dengan perlahan untuk mengelakkan rasa ingin pitam.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.