Sulit
3 tahun
Pening/sakit kepala berterusan
Salam dr. Sye seorang wanita berumur 25 tahun belum berkahwin. Sye alami sakit kepala migrain sejak sekolah menengah lagi. Tapi sekarang boleh dikatakan hari-hari sakit/pening kepala tu datang namun hanya rasa sekejap2 sahaja. Kadang2 sakit kepala/pening datang menyerang bila sye membuat aktvti seperti bersenam atau apa shaja melibatkan fizikal. Sye mempunyai tekanan darah yg rendah bacaan 85-95 sahaja. Dan rambut saya juga banyak sangat gugur. Adakah sye mengalami masalah yg serius dr ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, migrain adalah penyakit yang memberi impak kebanyakan orang. Ia adalah masalah serius yang boleh ditangani. Amat penting bagi pesakit migrain untuk menulis diari migrain , iaitu untuk mengenalpasti keadaan yang boleh menyebabkan migrain seperti cuaca terlalu panas, stress kerja, tidak cukup tidur atau beberapa makanan.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .
Bagi tekanan darah rendah serta masalah kesihatan yang lain boleh diajukan kepada doktor anda atau pakar kesihatan kami secara atas talian.
Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.