Sulit
4 tahun
Pengunaan ubat migrain
Hye, I took caffox this noon. Now it’s 9.41pm . Tapi sekarang nak dapat 2nd wave of migraine. The problem is I only have sumatriptan left. Boleh ambil at this time?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, penggunaan ubat migrain iaitu Sumatriptan boleh digunakan pada bila-bila masa ketika anda menghadapi serangan migrain tersebut. Namun, sekiranya anda telah mengambil ubat Caffox yang mengandungi Ergometrine pada sebelum itu, anda dilarang untuk mengambil ubat Sumatriptan tersebut kerana ia akan menyebabkan salur darah anda mengecil dan tersekat yang boleh merosakan aliran darah ke jantung anda. Oleh itu, kami sarankan anda untuk pergi ke farmasi berdekatan atau berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan ubat migrain yang sesuai dengan situasi anda.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.