syashaqyla09
4 tahun
Migrain terlalu sakit hinggakan mata gelap dan kabur
Saya berumur 22 tahun. Sebelum ni sakit kepala tidak kerap tapi sejak 2 bulan ni, sakit kepala saya semakin kerap setiap hari dan berlarutan hinggan beberapa jam. Saya dh berjumpa dengan 2 doctor tapi mereka kata saya hanya migrain. Tetapi keadaan saya semakin buruk bila pemandangan saya gelap dan tengkuk saya semakin sakit. Mata saya kerap kabur dan double vision. Rasa tidak stabil dan loya. Apa yg perlu saya buat? Saya sudah makan ubat yg diberi tetapi semakin teruk hingga diberi injection tetapi tidak berkurang
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya sarankan anda ke wad kecemasan jika ubat anda tidak berkesan dan anda mengalami simptom-simptom seperti:
- Demam
- Kebas pada satu bahagian badan
- Double vision
- Kabur
- Pening
- Sesak nafas
- Muntah
- Kekejangan tengkuk
- Cirit birit
- Percakapan tidak jelas
Namun begitu, doktor di wad kecemasan bukan lah doktor pakar, kemungkinan mereka akan memberikan ubat untuk melegakan kesakitan. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar neurologi untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat untuk kondisi anda.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.