Sulit
3 tahun
Kekerapan Migrin yang teruk
Saya kerap migrin dlm sebulan 2 atau 3 kali.kadang tu teruk sangat sakit sampai muntah dn sakit bhgian mata mcm mata nk terkeluar?Saya nk tnya doc bolehkah saya bt pemeriksaan kepala saya dngn membuat MRI/SCAN OTAK?sbb kpla saya dulu pernah terhentak pada dinding.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, migraine adalah sakit kepala yang boleh berulang beserta beberapa simptom lain. Antara gejala yang sering berkait dengan migraine adalah sakit pada bahagian mata, photophobia (tidak boleh melihat cahaya terang), mual atau muntah-muntah. Oleh itu, amat penting bagi pesakit migraine untuk menulis diari migraine, iaitu untuk mengenalpasti keadaan yang boleh menyebabkan migraine seperti cuaca terlalu panas, stress kerja, tidak cukup tidur atau beberapa makanan.
Pengimbasan CT adalah teknologi x-ray. Ia sering dilakukan untuk melihat kecederaan pada bahagian tempurung kepala, permukaan otak atau salur darah abnormal. Manakala imbasan MRI pula digunakan untuk melihat otot, serta tisu-tisu lain pada bahagian badan yang tidak dapat dikesan oleh imbasan CT, menggunakan teknologi magnet dan gelombang radio.
Imbasan CT atau MRI boleh dilakukan atas nasihat atau saranan doktor. Memandangkan kami tidak mempunyai perincian simptom, pemeriksaan fizikal, sejarah kesihatan serta keputusan ujian klinikal anda sebelum ini, kami tidak dapat memberi nasihat yang tepat.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian. Kami harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .