Sulit
4 tahun
Migrain kerap kali berlaku
Saya wanita berusia 22 tahun.Saya kerap mengalami migrain sehingga muntah dan sakit kepala beransur pulih.Adakah dengan pengambilan makanan tambahan (supplement)boleh membantu migrain saya??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah migrain yang boleh melegakan sakit kepala tersebut.
Namun, kami tidak sarankan anda untuk mengambil makanan tambahan tanpa nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Kami lebih cadangkan anda untuk melakukan perubahan gaya hidup seperti yang berikut untuk mengawal gejala migrain anda iaitu:
- Kurangkan gejala stress dan kegelisahan
- Amalkan pemakanan yang sihat dan mengandungi vitamin tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Amalkan senaman yang seimbang bagi melancarkan aliran darah serta mengekalkan kesihatan jantung
- Cukupkan waktu tidur dan rehat
- Kurangkan merokok jika merokok
- Elakkan makan makanan yang mengandungi garam tinggi, ataupun makanan diproses.
- Pantau ubat-ubatan yang anda ambil. Pastikan kesan sampingan adalah minima.
- Betulkan posisi tidur.
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.