Sulit
3 tahun
Migrain, trauma, anxiety,
Im a woman in 20 years old.Saya merupakan pelajar yang sedang mengambil degree. Saya sedar diri saya ni tak suka sangat apabila waktu tengahari tiba iaitu bermula dari pkol 10 sehingga pkol 3…tetapi saya akan lebih rasa senang sedikit apabila waktu awal pagi dan malam…saya mula sedar perkara ini ketika saya berumur 18 tahun tetapi ketika itu tidak mengambil berat mengenai ini. Dan sekarang, perasaan saya masih sama setiap kali waktu tengahari tiba. Tambahan pula, baru-baru ni saya pernah menghadapi migrain. Adakah ini normal bagi kesihatan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, migrain adalah sejenis penyakit neurologi. Terdapat 3 jenis migrain.
- migrain tanpa aura (Migrain tanpa aura adalah sakit kepala tanpa simptom)
- migrain dengan aura (migrain dengan aura adalah kita dapat merasakan simptom sebelum serangan migrain)
- aura migrain tanpa sakit kepala (Aura migrain tanpa sakit kepala adalah penghidap boleh merasakan simptom lain tanpa diiringi sakit kepala)
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.