Sulit
4 tahun
Kerap sakit kepala dan datang sekejap sekejap
Hi saya wanita berumur 21 tahun. Saya kerap sakit kepala di bahagian belakang kepala dan dia datang sekejap sekejapi menyakitkan. Adakah itu migrain?
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan tentang sakit kepala anda. Berikut adalah informasi tentang migrain.
Migrain adalah sejenis sakit kepala yang biasanya terjadi pada satu belah kepala sahaja.Sebab utama migrain terjadi masih tidak diketahui lagi, namun ia dikaitkan dengan beberapa pencetus yang menyebabkan sakit kepala ini. Antaranya adalah stres, keletihan, makanan atau minuman tertentu, atau sebelum datang haid.
Migrain terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
-Migrain dengan ‘aura’ - apabila tanda amaran tertentu terjadi sebelum migrain bermula, seperti cahaya bersinar-sinar
-Migrain tanpa ‘aura’ - migrain yang paling biasa dialami di mana migrain terjadi tanpa sebarang tanda amaran tertentu
-Migrain ‘aura’ tanpa sakit kepala - juga dikenali sebagai ‘migrain senyap’ di mana ‘aura’ atau simptom lain migrain terjadi tetapi sakit kepala tidak terjadi.
Simptom utama migrain adalah sakit kepala yang teruk dan biasanya pada satu belah kepala sahaja. Kesakitan tersebut biasanya mempunyai sensasi berdenyutan yang menjadi semakin teruk apabila anda bergerak dan kesakitan ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Simptom lain termasuk loya, muntah dan peningkatan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Sesetengah orang juga mengalami ‘aura’ yang merupakan tanda amaran migrain bakal dialami.
Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda sekiranya anda sering mengalami migrain.