Sulit
3 tahun
Penyakit diabetes@kencing manis
Saya seorang pesakit kencing manis, soalan saya ialah manakah yang lebih baik untuk saya beras taj mahal@beras basmati atau nasi yang dimasukkan dalam peti sejuk selama 12 jam?? sebab saya ada terbaca nasi yang dimasukkan dalam peti sejuk selama 12 jam boleh mengurangkan penyerapan gula sebanyak 60%
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda mahukan kepastian beras yang sesuai diambil oleh pesakit diabetes. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beras basmati atau brown rice sememangnya lebih elok untuk pesakit diabetes. Kerana ia rendah karbohidrat.
Anda juga betul bahawa terdapat kajian mengenai nasi yang disejukkan 12 jam setelah masak mempunyai karbohidrat yang lebih rendah. Namun begitu, dalam kajian tersebut saintis sarankan agar buat masa sekarang nasi diambil dan masak seperti biasa. Mereka memerlukan data serta kajian yang lebih sebelum boleh memberi konklusi mengenai perkara tersebut.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.