Sulit
2 tahun
Period 3kali sebulan
Saya perempuan berumur 20 tahun dan belum berkahwin. Sebelum ini, period saya datang normal sebulan sekali dan setiap kali saya datang period hanya 7hari. Tetapi bulan ini, period saya datang 3 kali sebulan seperti berikut:
period 1: 29/12/2021 hingga 6/1/2022
period 2: 12/1/2022 hingga 19/1/2022
period 3: 28/1/2022 (sedang period sekarang)
jadi boleh saya tahu adakah ini normal dan apakah sebab terjadinya begini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang datang 3 kali dalam 1 bulan. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, masalah berkaitan haid sering berlaku disebabkan oleh gangguan hormon dalam badan. Bagi kalangan remaja, ini adalah sesuatu perkara yang normal kerana kadar hormon dalam badan mereka masih belum stabil. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang juga menyebabkan haid berlebihan. Ia termasuklah :
- Stres
- Masalah tiroid
- Pengunaan ubat perancang
- Masalah berat badan
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.