Sulit
3 tahun
Pernah ada sakit gonorea
Hello doktor. Saya pernah mengalami gonorea dan telah mendptkan rawatan. Saya juga disahkan sembuh dari sakit ini lepas pemeriksaan darah. Tetapi nurse hospital ckp saya perlu menghadiri check up lagi. Disebabkan saya telah berpindah ke tempat lain saya xsempat pergi.jadi pada pendapat doktor patut ke tidak saya pergi check up lagi? Saya agak risau sebenarnya. Sebab haid saya sekarang tiba tiba jadi sikit sangat dan kdg tu saya tidak mengalami keputihan langsung… Jadi saya risau.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, anda dinasihatkan untuk memberitahu mengenai masalah jarak tempat tinggal baru anda kepada pegawai hospital, agar mereka maklum (secara talian jika memungkinkan). Cadangan atau alternatif boleh diberikan kepada anda atas nasihat dan penerangan daripada pihak hospital. Selain itu, anda juga boleh merujuk kepada hospital berhampiran anda untuk pendapat seterusnya. Pemeriksaan kesihatan (check up) yang dijadualkan oleh doktor atau pegawai kesihatan mempunyai tujuan tertentu. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sebarang simptom. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum pihak kami membuat apa-apa kesimpulan.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih