Sulit
3 tahun
Perut terasa mengeras
saya sudah khawin 1tahun 3 bulan tapi belum ada rezeki anak lagi…tarikh mula period 31/10-3/11/2021…tapi bulan ni belum ada…cek hcg negetiv…tengah hari tadi ada tompokkan warna coklat gelap seakan darah…adakah membahayakan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah pendarahan coklat. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Sebagai pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan coklat. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk, kehamilan dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Darah menstruasi lama
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui tentang tahap kesihatan anda dan juga kehamilan.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.