Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian pinggang kanan hadapan
Saya berusia 41thn.kerap berasa sakit pinggang kanan di bahagian kanan. Keadaan ini dah berlaku hampir bbrp bulan. Kencing mcm biasa. Tiada sakit lain. Cuma sakit ini akan berasa shingga ke pinggul kanan. Pernah jumpa dokt katanya bukan masalah buah pinggang. Bukan juga appendix. Cuma ia tidak selesa. Rsnya seperti urat tegang ttp tetap tidak selesa
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan kesakitan di bahagian buah pinggang:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- masalah saraf seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman.
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mendapatkan pengesahan terhadap punca kesakitan tersebut, maklumat dan pemeriksaan yang selanjutnya adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.