Sulit
3 tahun
Sakit bahu lengan hingga dada sebelah kanan
Ibu saya berumur lingkungan 50 an mengalami sakit ldi bahagian tangan iaitu bahu dan lengan hingga ke dada (sebelah kanan) ia sukar menggerakkan tangan nya dan sakit berdenyut - denyut. Kelihatan di bawah lengan nya sperti bengkak dan keras (bengkak tp bkn benjolan) . beberapa urut tp sakit juga masih tidak hilang. sakit ini sdh berminggu minggu. mohon doc bantu apakah sakit yg mgkn jadi pada ibu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejatera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami ibu anda mengalami sakit dan lenguh pada lengan dan sakit dada pada sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Bagi masalah sakit dan lenguh tangan dan lengan anda, ia boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Posisi tidur yang kurang baik
- Kekejangan otot
- Pasca vaksinasi
- Masalah saraf
Manakala sakit dada pada sebelah kanan boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan pada tulang rusuk
- Costochondritis
- Pleuritis
- GERD
- Masalah hempedu dan hati
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat mengenal pasti punca sebenar masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.