
Sulit
3 tahun
Sakit kening yang berdenyut dan terangkat dan dianggap acah dan berlagak apabila bercakap ngan org
Saya student . Saya sering sakit kening dan berdenyut.apabila bercakap dengan org kening saya sering berdenyut dan terangkat dan dianggap acah dan berlagak. Saya tidak mengalami sakit kepala.mohon bantuan dri doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami keresahan yang membelenggu diri anda ketika ini akibat kening yang sering terasa berdenyut dan terangkat.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti:
- stress
- pengambilan kaffein
- mata letih
Selain itu, ia juga merupakan petanda kepada masalah yang lebih serius seperti Bell’s Palsy dan sindrom Tourette.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.