Sulit
2 tahun
Guna Semula Fake Pussy Setelah Membuangnya
Salam sejahtera.
Doktor, bagaimana sekiranya melancap menggunakan fake pussy yang milikan sendiri, setelah itu membuangnya. Kemudian 2 3 hari kemudian kutip semula kemudian bersihkan alat mainan seks itu dengan air mengalir dan sabun. Adakah HIV terjangkit?
Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, virus HIV merebak melalui:
- hubungan seks yang tidak selamat (tanpa perlindungan) dengan orang yang dijangkiti HIV (sama ada heteroseksual atau homoseksual)
- menggunakan semula jarum / alat tajam atau picagari yang telah digunakan oleh seseorang yang dijangkiti HIV
- ibu yang dijangkiti HIV kepada bayinya semasa kehamilan, proses kelahiran atau melalui penyusuan susu ibu
Mengenai persoalannya,anda boleh menggunakan alat mainan seks itu setelah membersihkannya dengan air mengalir dan sabun.Hal ini kerana HIV akan dibunuh oleh bahan kimia dalam disinfektan dan sabun.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.