Sulit
2 tahun
Simptom terjadi after minum coffee
Hi. Boleh saya tahu apa masalah yang saya alami since dia start after few day i minum coffee baru-baru ni before ni tak pernah lagi terjadi and i jarang minum coffee.
- jantung laju
- sakit dada
- tekak rasa panas
- sakit tangan kanan
Terima kasih and have a nice day
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang yang anda alami selepas minum kopi.
Untuk makluman anda, kopi mengandungi kafin yang boleh menyebabkan gejala seperti jantung berdegup laju, keresahan, sakit kepala, dan lain-lain.
Tanpa maklumat lanjut, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan sama ada gejala yang anda alami adalah berkaitan kopi atau disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain.
Sekiranya gejala berlarutan, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi lanjut.
Terima kasih.