Sulit
2 tahun
Keputusan saringan kesihatan terbaru 17.7.22
Saya perempuan berumur 45 tahun. Sudah berkahwin dan ada 6 org anak.
Baru baru ini saya menjalani pemeriksaan kesihatan yg diadakan secara terbuka oleh negeri selangor. Tekanan darah 188/111. Baru dapat Keputusan air kencing, urine ph normal, urine protein 1.0, urine glucose 5.5, urine microalbumin 20. Utk pengetahuan, hari tersebut saya ada demam dan batuk serta selsema. Malam tu pulak tidur agak lewat jam 1.40 pagi. Boleh bantu saya fahamkan keputusan ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Anda bertanyakan tentang keputusan saringan kesihatan anda. Saya akan cuba membantu.
Berdasarkan keterangan anda, tekanan darah yang dinyatakan adalah tinggi, namun bacaan lain adalah tidak dapat dipastikan kerana unit tidak dinyatakan. Untuk makluman anda, interpretasi ujian saringan kesihatan perlu dilakukan bersama pemeriksaan terhadap pesakit. Selain itu, terdapat perkara-perkara yang boleh mempengaruhi keputusan ini seperti perasaan gemuruh dan saiz cuff boleh mempengaruhi bacaan tekanan darah.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor untuk analisa keputusan ujian kesihatan anda bersama evaluasi lain sperti pemeriksaan fizikal.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi. Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.