Sulit
2 tahun
Accute coronary syndrome
Selamat sejahtera,
Saya ingin tanya kepada doktor apakah seseorang yg mengalami kemalangan dan terlantar di hospital boleh meninggal disebabkan accute coronary syndrome? Apakah seseorang hanya bergantung pada oksigen hospital Tiba2 Tiba2 meninggal disebabkan accute coronary syndrome?sebenarnye apa tu accute coronary syndrome? Apakah faktor umur boleh menghadapi syndrome ini? Diminta penjelasan doktor sangat dihargai
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan sindrom koronari akut. Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, sindrom koronari akut atau acute coronary syndrome adalah kondisi di mana aliran darah menuju ke jantung berkurang secara tiba-tiba. Nyeri dada seperti tertindih benda berat merupakan bentuk gejala paling umum dari kondisi ini.
Faktor risiko utama termasuk:
- Merokok
- Paras kolesterol yang tinggi
- Tekanan darah tinggi
- Diabetes
- Peningkatan umur(>45 tahun)
Faktor risiko yang lain termasuklah:
- Kegemukan
- Kekurangan aktiviti fizikal
- Sejarah keluarga di mana penyakit arteri koronari berlaku pada umur yang muda
- Kaum etnik
Untuk pengetahuan anda,bagi kemalangan yang teruk serta pendarahan yang banyak boleh juga menyebabkan sindrom koronari akut.Hal ini dapat dielakkan jika pemantauan berterusan selepas kemalangan haruslah dilakukan.Walaubagaimana pun,sesetengah komplikasi selepas kemalangan tidak boleh diramalkan kerana mungkin pesakit tersebut mengalami pendarahan organ dalaman.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.