Sulit
2 tahun
Saya ada melakukan foreplay bersama pasangan saya, tiada seberang kemasukan kemaluan dia kedalam vagina saya, pasangan saya pancut di punggung saya. setelah itu saya lap dan basuh kawasan tersebut, adakah saya berisiko untuk mengandung?
saya ada melakukan foreplay bersama pasangan saya, tiada seberang kemasukan kemaluan dia kedalam vagina saya, pasangan saya pancut di punggung saya. setelah itu saya lap dan basuh kawasan tersebut, adakah saya berisiko untuk mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, risiko untuk anda hamil adalah sangat-sangat rendah atau tiada memandangkan tiada penetrasi ke dalam faraj atau pancutan ke dalam faraj dilakukan.
Pasangan lelaki digalakkan memakai kondom sewaktu melakukan hubungan seks.Hal ini kerana,ianya dapat mecegah anda dan pasangan anda daripada menjangkiti penyakit STD.Tambahan pula,pemakaian kondom juga dapat mengelakkan risiko untuk mengandung. Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang jenis perancang yang lain bagi mengelakkan kehamilan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.