Sulit
2 tahun
Sakit kepala berterusan selama 5 hari selepas divaksin. Biji mata terasa seperti ditekan. Badan jadi lemah walaupun dah makan ubat, minum air kosong banyak, minum vit c
Saya wanita 20an baru saja terima vaksin 5 hari lepas. Kepala saya jadi teramat sakit sehingga saya rasa berat nak bukak mata. Biji mata rasa ditekan. Saya sakit kepala ni dah 5 hari dari hari terima vaksin. Badan jadi panas yg terlampau, pening. Air kosong saya minum dalam 2-3 botol 800ml tetap tak surut panas. Dh makan ubat dan minum vit c pun tetap sama. Apa perlu saya buat doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan daripada vaksin covid 19 antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Berdasarkan kepda gejala yang anda nyatakan di atas, ia boleh disebabkan oleh kesan sampingan akibat vaksin seperti saya nyatakan di atas. Jika keadaan anda bertambah buruk, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini