Sulit
2 tahun
Alami masalah kesihatan selepas vac ds 1&2
Perlukah saya mengambil dos pengalak dalam keadaan saya sesak nafas dan jantung kurang stabil drp biasa. Saya juga kekadang kena gastrik, sering sakit kepala. waktu datang haid saya sakit saraf.
Mohon bantuan nasihat doc. terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk makluman anda, suntikan penggalak COVID ialah dos tambahan vaksin yang diberikan selepas perlindungan yang diberikan oleh suntikan asal mula berkurangan dari semasa ke semasa. Penggalak membantu orang ramai mengekalkan perlindungan yang kuat daripada penyakit coronavirus yang teruk.
Kebanyakan dalam masyarakat adalah digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak untuk mencapai herd immunity.Namun untuk keadaan anda,saya mencadangkan anda berbincang dengan doktor dan menjalani pemeriksaan keseluruhan sebelum mendapatkan dos ini.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini