Sulit
2 tahun
Kesan suntikan booster
Saya baru selesai booster pfizer pada pagi 17 feb dan pada petang hari, saya sudah mula demam sehingga keesokannya suhu badan mencecah 39.1 hari ni hari ketiga saya merasa sakit dada ketika hendak bernafas. Adakah normal atau saya perlu dapatkan lanjut?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Untuk makluman anda, anda berkemungkinan mengalami tanda-tanda selepas vaksinasi seperti dalam penerangan anda(demam,sakit dada dan sesak nafas).Antara adalah tanda-tanda yang mungkin dialami selepas vaksinasi, namun semua ini boleh berkurangan dalam masa purata 14 hari.
Demam, sakit kepala, keletihan dan sakit di tapak suntikan adalah kesan sampingan yang paling kerap dilaporkan, dan secara keseluruhan, kebanyakan kesan sampingan adalah ringan hingga sederhana.
Menurut penerangan anda,saya menasihatkan anda makan seimbang dan rehat seperti normal.Anda juga boleh memantau status kendiri dengan menggunakan pulse oximeter dan termometer.Sila jumpa doktor dengan serta-merta jika didapati simptom bertambah teruk.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini