Sulit
3 tahun
Pertanyaan untuk booster shot memandangkan ada sejarah hampir pengsan selepas dos kedua vaksin
Doktor saya berumur 26tahun. Selepas saya mengambil dos vaksin kedua (sinovac) pada (12/07/21) malam tu saya hampir pengsan 2 kali. Persoalan saya sekarang, adakah saya boleh menerima booster shot pfizer memandangkan saya pernah hampir pengsan sejurus selepas dos kedua vaksin? Saya tidak ada alergik apa2. Tidak ada apa2 penyakit. Saya juga tidak ada demam masa itu. Cuma hampir pengsan 2 kali.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hingga saat ini kajian menunjukkan bahawa vaksin booster shot pfizer adalah selamat untuk digunakan. Hal ini berdasarkan kepada faedah serta kelebihan yang lebih besar jika dibandingkan dengan kesan sampingan akibat vaksin yang sangat minimal. Namun, memandangkan anda mempunyai sejarah hampir pengsan sebanyak dua kali sebelum ini,adalah lebih baik jika anda merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mendapat maklumat yang tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini