Sulit
3 tahun
Bolehkah terima vaksin booster kalau ada alergi dengan antibiotik?
Hi. Saya mendapat bintik-bintik merah seperti alergik selepas saya makan ubat demam, batuk serta antibiotik yang diberi doktor minggu lalu kerana saya mengalami demam, batuk selsema ringan. Bolehkah saya menerima booster vaksin pfizer jika saya ada alergik ini?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mereka yang mempunyai sejarah allergi yang teruk boleh memaklumkan kepada doktor di hospital atau klinik berdekatan tentang keadaan yang anda hadapi dan individu seperti ini akan melalui penilaian pravaksinasi sebelum disahkan boleh atau tidak divaksinasi, serta vaksin yang sesuai.
Ini adalah seperti yang diterangkan di dalam infovaksinasi COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat nasihat dan penilaian tentang vaksinasi anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini