Sulit
2 tahun
Sukar bernafas dan sering sakit kepala selepas menerima vaksin.. Saya juga mengalami masalah kesukaran tidur pada waktu malam
Hi Doktor, Saya berumur 26 mengalami sesak nafas dan pening kepala yang melampau waktu malam dan sukar tidur selepas menerima booster 2 minggu yang lepas… Dan saya juga sering merasa seperti “sesemut” dan kebas.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Penerima dos penggalak vaksin COVID-19 perlu peka dengan kesan sampingan juga boleh berlaku
selepas beberapa minggu.Hal ini kerana,jangka masa untuk mendapatkan kesan sampingan agak susah untuk diramalkan kerana setiap individu mempunyai tahap imuniti yang berbeza terhadap vaksinasi COVID-19.Sekiranya mengalami kesan sampingan berlanjutan anda disarankan berjumpa doktor dengan kadar segera.Anda sewajarnya mendapatkan rehat yang secukupnya dan minum air yang banyak selepas menerima vaksin.
Tangan kebas merupakan keadan di mana tangan anda berasa seolah dicucuk-cucuk.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan tangan kebas.Antaranya adalah :
- Sindrom terowong karpus (Carpal tunnel syndrome)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Kekurangan vitamin atau mineral
- Radikulopati servikal
- Kencing manis
- Penyakit Raynaud
- Spondilosis servikal
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini